Wednesday, March 30, 2016

Indah Kata kata.. Menarik aku untuk mencopy.. maaf ye

 Assalamualaikum wbt Hamba Allah.. . semoga akhi sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Pertamanya, maafkan ana andai ada salah ana pada akhi. 

Hamba Allah,
selama ana mendiamkan diri, adalah memang segaja ana begitu. Ana rasa kehilangan matlamat hidup yang selama ini ana sematkan di hati, dan dalam tempoh itu ana mencarinya kembali.Semoga tujuan itu tidak lari dari segenap ruangan hati ini. 

Hamba Allah,
Ingatkah 
Hamba Allah pada perkenalan kita dahulu.Hamba Allah banyak menegur kesalahan ana, menasihati ana. Syukran katsir. Suatu masa dulu juga Kita berkongsi cerita, saling memberi ilmu, saling cuba untuk memahami dan menjaga hati sebagai seorang sahabat.walau tidak pernah bersua muka, walau tak pernah mendengar suara, tapi  hanya nyata  di alam maya.

Hamba Allah,
Masih ingatkah 
Hamba Allah akan tujuan kita yang satu itu. Bersama mencari Redha Allah. Mencari cinta yang hakiki. Saling mencintai Sang Pemberi Cinta. Sungguh hari ini, pada ketika ini, ana semakin sedar tujuan tidak menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haram tetap haram.
Ana manusia lemah akhi, yang banyak ternoda dengan dosa.. yang masih perlu menagih pengampunan dari DIA . 

Hamba Allah,
seribu kali maaf ana ucapkan. Ana sedar ana telah menjadi dugaan terbesar buat akhi dalam sedar mahu pun tidak. Ingatkah akhi pada ummi yang pernah ana ceritakan. Ummi pernah berkata, “ wanita adalah dugaan terbesar buat sang lelaki , dan sebesar-besar fitnah juga dari kaum wanita..” Mendengarkan itu ana kian sedar yang ana telah menjadi dugaan terbesar buat akhi. Ana dapat merasakan itu.  ana mohon akhi dapat memaafkan ana.

Dengan berbekalkan kekuatan titipan Allah, ana berharap pengertian dari akhi agar kita tidak lagi berhubung demi kebaikan akhi dan juga ana. Ana tiada jaminan untuk hati ini sentiasa suci tanpa di calarkan oleh nafsu dunia.Dan jaminan itu hanya pada Allah SWT. Sama-sama lah bermujahadah menagih cinta-Nya dengan cara yang lebih Allah redhai.
Akhir kalam , Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada akhi.. Ingatah akhi sesungguhnya Semakin kita mendekati Allah, semakin Allah dekat dengan kita,. Ana harap perpisahan ini membawa pertemuan yang lebih baik.Biiznillah .. Semoga juga akhi thabat dalam perjuangan mengejar Yang Satu itu.
Wassalam..